Jumaat, 11 September 2020

Aturan Masa Aktif Dan Tidak Aktif Organ Utama Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelawat,

Seringkali manusia berhadapan dengan masalah waktu tidur, waktu makan, dan waktu beriadah yang tidak menentu dalam seharian.

Kesan dari ketidaktentuan pemilihan masa untuk aktiviti seharian selalunya mengheret kepada kecelaruan organ-organ dalam badan manusia untuk bekerja menghasilkan antibodi, mencernakan makanan, memproses kembali darah, mengekalkan fokus minda dan sebagainya 

Oleh itu, dengan kesempatan yang ada ini marilah sama-sama kita melihat pola waktu aktif setiap organ dalam badan manusia dan jenis aktiviti yang sesuai dilakukan dalam waktu tersebut.



PERUT : MASA AKTIF  [07.00 PAGI – 09.00 PAGI]
  • Organ perut sedang kuat bekerja pada jam–jam ini. Maka dari itu dianjurkan untuk sarapan pagi untuk proses pembentukan tenaga tubuh.
  • Minum jus yang agak masam dianjurkan sebelum sarapan pagi di saat perut masih kosong, sehingga zat yang berguna akan segera terserap oleh tubuh kita.
LIMPA : MASA AKTIF [09.00 PAGI – 11.00 PAGI]
  • Organ limpa sedang aktif bekerja pada jam ini dalam mengirim cairan nutrisi untuk tenaga pertumbuhan. Bila pada jam ini, anda merasa mengantuk. Hal tersebut dapat diertikan bahawa fungsi organ limpa anda lemah.
  • Kurangi pengambilan gula, lemak, minyak dan protein haiwan dalam masa ini.
JANTUNG : MASA AKTIF [11.00 PAGI – 1.00 PETANG]
  • Organ jantung pada jam ini sedang bekerja dengan aktif maka harus banyak beristirehat.
  • Hindari panas dan kegiatan fizikal, mental dan emosi agar tidak menambah beban kerja organ jantung terutama penderita gangguan pembuluh darah tersumbat.
HATI : MASA TIDAK AKTIF [1.00 PETANG – 3.00 PETANG]
  • Organ hati pada jam ini bekerja dengan lemah.
  • Bila tidur, darah merah berkumpul dalam organ hati dan terjadi proses penggandaan sel–sel hati. Apabila fungsi hati kuat maka tubuh kuat untuk menentang semua penyakit.
PARU–PARU : MASA TIDAK AKTIF [3.00 PETANG – 5.00 PETANG]
  • Organ paru–paru lemah pada jam ini.
  • Diperlukan istirahat, tidur untuk proses pembuangan racun dan proses pembentukan tenaga bagi organ paru–paru.
GINJAL : MASA AKTIF [5.00 PETANG – 7.00 MALAM]
  • Organ ginjal aktif bekerja dalam jam ini.
  • Sebaiknya digunakan untuk belajar kerana terjadi proses pembentukan sumsum tulang dan otak serta kecerdasan.
PERUT : MASA TIDAK AKTIF [7.00 MALAM – 9.00 MALAM]
  • Organ perut bekerja lemah pada jam ini.
  • Dianjurkan untuk tidak menjamah makanan yang sukar untuk dicerna atau lama dicerna atau lebih baik untuk berhenti makan pada jam ini.
LIMPA : MASA TIDAK AKTIF [9.00 MALAM – 11.00 MALAM]
  • Organ limpa bekerja lemah pada jam ini. Terjadi proses pembuangan racun dan proses penggandaan sel limpa.
  • Dianjurkan untuk beristirehat contohnya dengan mendengar muzik yang tenang untuk meningkatkan imuniti badan [ketahanan badan].
JANTUNG : MASA TIDAK AKTIF [11.00 MALAM – 1.00 PAGI]
  • Organ jantung lemah pada jam ini.
  • Dianjurkan untuk tidur. Apabila masih teruskan aktiviti seperti bekerja maka akan dapat melemahkan fungsi organ jantung.
HATI : MASA AKTIF [1.00 PAGI – 3.00 PAGI]
  • Organ hati bekerja kuat pada jam ini. Terjadinya proses pembuangan racun atau toksin hasil metabolisma tubuh badan.
  • Apabila ada gangguan fungsi hati, akan terlihat pada kotoran najis dan gangguan penglihatan mata. Apabila ada luka dalam akan terasa ngilu dan pedih.
PARU–PARU : MASA AKTIF [3.00 PAGI – 5.00 PAGI]
  • Organ paru–paru pada jam–jam ini bekerja dengan aktif. Terjadinya proses pembuangan toksin atau racun pada organ paru–paru. Apabila terjadi batuk–batuk, bersin–bersin dan berkeringat peluh, ia menandakan adanya gangguan fungsi paru–paru.
  • Dianjurkan untuk kerap melakukan latihan pernafasan untuk mendapatkan tenaga paru–paru yang sihat dan kuat serta kurangkan aktiviti yang dapat melemahkan fungsi paru–paru seperti merokok.
USUS BESAR : MASA AKTIF [5.00 PAGI – 7.00 PAGI]
  • Organ usus besar bekerja aktif pada jam ini.
  • Dianjurkan untuk membiasakan diri membuang air besar @ tunai hajat @ "ke bilik termenung" secara teratur pada jam–jam ini.
SELANG MASA AKTIF & TIDAK AKTIF ORGAN UTAMA MANUSIA 

ORGAN PERUT
  • AKTIF : 7.00 PAGI HINGGA 9.00 PAGI [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 7.00 MALAM HINGGA 9.00 MALAM [ 2 JAM ]

ORGAN LIMPA
  • AKTIF : 9 PAGI HINGGA 11.00 PAGI [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 9.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM [ 2 JAM ]

ORGAN JANTUNG
  • AKTIF : 11.00 PAGI HINGGA 1 PETANG [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 11.00 MALAM HINGGA 1 PAGI [ 2 JAM ]

ORGAN HATI
  • AKTIF : 1.00 PAGI HINGGA 3.00 PAGI [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 1.00 PETANG HINGGA 3.00 PETANG [ 2 JAM ]

ORGAN PARU-PARU
  • AKTIF : 3.00 PAGI HINGGA 5.00 PAGI [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 3.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG [ 2 JAM ]

ORGAN USUS BESAR
  • AKTIF : 5.00 PAGI HINGGA 7.00 PAGI [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 5.00 PETANG HINGGA 7.00 PETANG [ 2 JAM ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Utarakan komen anda untuk tujuan pertanyaan dan booking rawatan.