Sabtu, 12 September 2020

Penerangan Rawatan Haikal Soufi Mobile Massage


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan yang saya hormati,

Atas permintaan yang tidak putus-putus dan penghargaan oleh semua pelanggan, izinkan saya menjelaskan sistem dan kaedah rawatan yang saya gunakan di HAIKAL SOUFI MOBILE MASSAGE semoga menjadi tatapan dan rujukan pelanggan yang mahukan rawatan sesuai dengan masalah dan bajet sedia ada.

URUTAN REFLEKSOLOGI KAKI




Sistem urutan yang saya gunakan adalah urutan refleksologi dan teknik acupressure meridian yang menyeluruh bermula dari celah-celah jari-jemari kaki, seterusnya tapak kaki, kemudian betis dan akhirnya di lutut.

Tekanan yang saya gunakan adalah disesuaikan mengikut kadar kesakitan pelanggan pada hari itu. Sederhana kuat tekanannya oleh jari saya dan tidak terlalu menyakitkan kaki. Masa yang diperuntukkan cuma 30 minit.

URUTAN REFLEKSOLOGI TANGAN


Sistem urutan yang saya gunakan adalah urutan refleksologi dan teknik acupressure meridian yang menyeluruh bermula dari jari-jemari tangan,  seterusnya tapak tangan, kemudian lengan dan akhirnya di bahu.

Tekanan yang saya gunakan adalah disesuaikan mengikut kadar kesakitan pelanggan pada hari itu. Sederhana kuat tekanannya oleh jari saya dan tidak terlalu menyakitkan tangan. Masa yang diperuntukkan cuma 25 minit.

URUTAN KEPALA & MUKA


Sistem urutan yang saya gunakan adalah urutan Shiatsu dan urutan tradisional Melayu yang menyeluruh bermula dari leher, seterusnya sempadan rambut di belakang kepala, telinga, muka dan berakhir di kawasan dagu.

Tekanan yang saya gunakan adalah lembut kerana kawasan leher dan kepala adalah sensitif dan penuh dengan saraf dan urat darah yang halus. Masa yang diperuntukkan cuma 20 minit.

URUTAN SELURUH BADAN / URUTAN SEPARUH BADAN



Sistem urutan yang saya gunakan adalah urutan tradisional Melayu dan teknik acupressure meridian yang menyeluruh bermula dari kaki, betis, paha, otot punggung, belakang badan, belakang tangan, kemudian pula di hadapan badan, bermula dari kaki, tulang kering kaki, paha, perut, dada, depan tangan, dan berakhir di kawasan kepala.

Urutan separuh badan pula menggunakan kaedah yang sama seperti urutan seluruh badan cuma boleh memilih kawasan anngota tubuh badan yang mahu dirawat samada pinggang hingga kepala [bahagian atas] atau pinggang hingga tapak kaki [bahagian bawah].

Tekanan yang saya gunakan adalah sederhana kuat tekanannya. Urutan seluruh badan cuma mengambil masa 1 jam 15 minit untuk selesai urutan. Urutan separuh badan mengambil masa 40 minit untuk selesai.

URUTAN RAWAT KELELAKIAN

Teknik yang sama saya gunakan dari urutan seluruh badan iaitu dengan mengurut seluruh badan dan kemudian alat kelelakian. Minyak khas digunakan untuk rawatan ini. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam 30 minit.

Urutan kelelakian yang saya gunakan adalah dari teknik urat saraf meridian khas yang tertentu pada bahagian alat sulit lelaki. Ia tidak mengganggu alat sulit lelaki, melainkan jika ada faktor lain yang perlu kepada menyentuh alat sulit lelaki atas keizinan juga.

AMARAN : Jika anda mahukan jenis penjagaan kelelakian untuk kebahagiaan rumah tangga suami isteri, saya yang anda cari. Sebarang permintaan yang TIDAK SENONOH mahupun untuk PERBUATAN LUAR TABI'I akan ditolak begitu sahaja!!

URUTAN RAWAT LUMPUH RINGAN [MILD STROK]


Teknik urutan yang saya gunakan adalah sama seperti teknik urutan seluruh badan cuma perbezaannya dari segi sentuhan tekanan jari. Tekanan yang saya gunakan adalah lembut bagi menggalakkan darah yang tersekat kembali lancar ke seluruh tubuh badan. Tekanan yang lembut ini mengambil masa 2 jam untuk selesai urutan, berbanding urutan seluruh badan.

Kekerapan urutan rawat lumpuh adalah bergantung kepada semangat untuk sihat oleh pelanggan. Digalakkan urutan dilakukan sehingga pulih pergerakan seluruh anggota.

BEKAM ANGIN [BEKAM KERING]


Sistem yang saya gunakan adalah penyedutan vakum di badan menggunakan pam tangan dan cawan bekam. Bekam angin TIDAK mengeluarkan darah.

Hanya letakkan cawan bekam pada kawasan badan yang sakit, pamkan dengan pam tangan 3 kali sedut, biarkan selama 5-10 minit dan kemudiannya lepaskan tekanan vakum untuk membuka cawan bekam.

Sesuai dilakukan untuk meredakan keletihan dek tekanan kerja, dan mengurangkan keradangan otot di badan. Digalakkan bekam angin seminggu 1 kali. Kesan lebam akibat bekam akan hilang dalam 3-4 hari.

BEKAM DARAH [BEKAM BASAH]



Sistem yang saya gunakan adalah penyedutan vakum di badan menggunakan pam tangan dan cawan bekam. Bekam darah mengeluarkan darah yang telah digunakan yang terdapat di bawah KULIT dan BUKAN pembuluh darah utama. Tempoh jangka hayat darah cuma bertahan 3-4 bulan sahaja. Darah yang telah digunakan akan mendap dalam pembuluh darah dan berpontensi menyebabkan saluran darah utama tersumbat.

Hanya letakkan cawan bekam pada kawasan badan yang sakit, pamkan dengan pam tangan 3 kali sedut, biarkan 2-3 minit, lepaskan tekanan vakum untuk membuka cawan bekam, gunakan pen bekam atau pisau untuk membuat luka bagi mengeluarkan darah kemudian kembali letakkan cawan bekam yang sama lalu pamkan dengan pam tangan sebanyak 3 kali sedut.

Darah yang keluar bergantung kepada kondisi badan pelanggan dan suhu cuaca pada hari tersebut. Pelanggan dinasihati agar cukup rehat dan tidak terlalu letih mahupun terlalu lapar sebelum dibekam bagi mengelakkan muntah, pening, lapar, dan sukar tidur yang bakal berlaku selepas dibekam darah.

Digalakkan bekam darah dilakukan 1 kali setiap bulan bagi mengekalkan kesan kesihatan badan jasmani dan rohani yang optimum. Kesan lebam akibat sedutan cawan bekam akan hilang dalam 3-4 hari. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam kurang lebih untuk selesai.

BEKAM DI PERUT / LUTUT / KEPALA / MUKA

Teknik yang sama dari bekam darah dan bekam angin cuma tertumpu pada bahagian tertentu di anggota badan. Bilangan cawan yang berbeza bagi setiap anggota badan yang dibekam. Peruntukan masa berbeza mengikut kawasan.
  • Bagi kawasan muka, 5 cawan bekam.
  • Bagi kawasan perut, 5 cawan bekam.
  • Bagi kawasan lutut, 8 cawan bekam. 
  • Bagi kawasan kepala, 1 cawan bekam [biasanya dibuat bekam darah]

BEKAM DARAH SUNNAH 10 CAWAN


Sistem yang saya gunakan adalah sama seperti bekam darah cuma perbezaannya adalah pada bilangan cawan yang tetap iaitu 10 cawan. Kawasan bekam darah sunnah adalah 1 cawan di puncak kepala, 2 cawan di tepi leher, 1 cawan di bonggol leher, 2 cawan di bahu, 2 cawan di pinggang, dan 2 cawan di betis.

Dinamakan sunnah bersempena 10 kawasan tubuh badan yang kerap Rasulullahi shollallahu 'alayhi wa sallam dibekam darahnya.

Digalakkan bekam darah sunnah dilakukan 1 kali setiap bulan. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam kurang lebih untuk selesai. Kesan bekam akan hilang dalam 3-4 hari.

BEKAM DARAH RAWAT SIHIR / SANTAU 

Bekam darah rawat sihir?? Boleh ke?? Terbukti ke?? Macam pelik je...

Salah satu fungsi bekam darah yang tidak diwar-warkan secara umum adalah keupayaan penyembuhan dari penyakit misteri dan gangguan alam halus. Ia bukanlah serta-merta merawat rohani kerana bekam darah cuma menyingkirkan darah yang telah digunakan dari badan.

Konsep penyembuhan rohani menggunakan bekam adalah berdasarkan pepatah Arab "Aqal yang sihat berpunca dari jasad yang sihat". Teori ini terpakai pada kesihatan jasad secara umum di mana badan yang sihat merangsang hormon dikeluarkan tepat pada masanya bagi merawat aqal fikiran yang disebabkan gangguan dari unsur luar yang negatif justeru mengekalkan fungsi ketahanan badan melawan unsur luar yang negatif dari menguasai aqal fikiran dan jasad keseluruhannya.

Pendek kata, ia membuang "racun" yang mencemari darah supaya darah yang bersih dapat kembali memenuhi seluruh tubuh badan dengan lancar.

Bilangan cawan bekam untuk rawatan sihir / santau adalah berbeza dengan bekam darah sunnah iaitu menggunakan 19 cawan bekam. Teknik yang sama dari bekam darah sunnag digunakan untuk bekam rawat sihir / santau dengan tambahan 8 cawan bekam pada 2 sendi siku, hujung belikat belakang badan [tulang kipas], pinggul [urat besar], dan 2 sendi buku lali.

Penjagaan diri akan dimaklumkan setelah selesai 3 sesi rawatan bekam rawat sihir ini.

5 ulasan:

  1. Pakej urutan seluruh badan +batin cm ne...bkal pengantin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakej urutan seluruh badan + kelelakian cuma RM75.

      Urut seluruh badan dan alat kelamin selama 1 jam 30 minit. Untuk kelancaran peredaran darah kembali normal setelah rutin harian yang aktif.

      Sesuai untuk bakal pengantin dan pengantin veteran. Tidak sesuai untuk mereka yang bertujuan suka-suka dan sengaja berniat hubungan terlarang.

      Padam
  2. mlm ni kelapangan ke utk buat urutan badan??

    BalasPadam

Utarakan komen anda untuk tujuan pertanyaan dan booking rawatan.