Sabtu, 12 September 2020

Penerangan Rawatan Haikal Soufi Mobile Massage


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan yang saya hormati,

Atas permintaan yang tidak putus-putus dan penghargaan oleh semua pelanggan, izinkan saya menjelaskan sistem dan kaedah rawatan yang saya gunakan di HAIKAL SOUFI MOBILE MASSAGE semoga menjadi tatapan dan rujukan pelanggan yang mahukan rawatan sesuai dengan masalah dan bajet sedia ada.

URUTAN REFLEKSOLOGI KAKI




Sistem urutan yang saya gunakan adalah urutan refleksologi dan teknik acupressure meridian yang menyeluruh bermula dari celah-celah jari-jemari kaki, seterusnya tapak kaki, kemudian betis dan akhirnya di lutut.

Tekanan yang saya gunakan adalah disesuaikan mengikut kadar kesakitan pelanggan pada hari itu. Sederhana kuat tekanannya oleh jari saya dan tidak terlalu menyakitkan kaki. Masa yang diperuntukkan cuma 30 minit.

URUTAN REFLEKSOLOGI TANGAN


Sistem urutan yang saya gunakan adalah urutan refleksologi dan teknik acupressure meridian yang menyeluruh bermula dari jari-jemari tangan,  seterusnya tapak tangan, kemudian lengan dan akhirnya di bahu.

Tekanan yang saya gunakan adalah disesuaikan mengikut kadar kesakitan pelanggan pada hari itu. Sederhana kuat tekanannya oleh jari saya dan tidak terlalu menyakitkan tangan. Masa yang diperuntukkan cuma 25 minit.

URUTAN KEPALA & MUKA


Sistem urutan yang saya gunakan adalah urutan Shiatsu dan urutan tradisional Melayu yang menyeluruh bermula dari leher, seterusnya sempadan rambut di belakang kepala, telinga, muka dan berakhir di kawasan dagu.

Tekanan yang saya gunakan adalah lembut kerana kawasan leher dan kepala adalah sensitif dan penuh dengan saraf dan urat darah yang halus. Masa yang diperuntukkan cuma 20 minit.

URUTAN SELURUH BADAN / URUTAN SEPARUH BADAN



Sistem urutan yang saya gunakan adalah urutan tradisional Melayu dan teknik acupressure meridian yang menyeluruh bermula dari kaki, betis, paha, otot punggung, belakang badan, belakang tangan, kemudian pula di hadapan badan, bermula dari kaki, tulang kering kaki, paha, perut, dada, depan tangan, dan berakhir di kawasan kepala.

Urutan separuh badan pula menggunakan kaedah yang sama seperti urutan seluruh badan cuma boleh memilih kawasan anngota tubuh badan yang mahu dirawat samada pinggang hingga kepala [bahagian atas] atau pinggang hingga tapak kaki [bahagian bawah].

Tekanan yang saya gunakan adalah sederhana kuat tekanannya. Urutan seluruh badan cuma mengambil masa 1 jam 15 minit untuk selesai urutan. Urutan separuh badan mengambil masa 40 minit untuk selesai.

URUTAN RAWAT KELELAKIAN

Teknik yang sama saya gunakan dari urutan seluruh badan iaitu dengan mengurut seluruh badan dan kemudian alat kelelakian. Minyak khas digunakan untuk rawatan ini. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam 30 minit.

Urutan kelelakian yang saya gunakan adalah dari teknik urat saraf meridian khas yang tertentu pada bahagian alat sulit lelaki. Ia tidak mengganggu alat sulit lelaki, melainkan jika ada faktor lain yang perlu kepada menyentuh alat sulit lelaki atas keizinan juga.

AMARAN : Jika anda mahukan jenis penjagaan kelelakian untuk kebahagiaan rumah tangga suami isteri, saya yang anda cari. Sebarang permintaan yang TIDAK SENONOH mahupun untuk PERBUATAN LUAR TABI'I akan ditolak begitu sahaja!!

URUTAN RAWAT LUMPUH RINGAN [MILD STROK]


Teknik urutan yang saya gunakan adalah sama seperti teknik urutan seluruh badan cuma perbezaannya dari segi sentuhan tekanan jari. Tekanan yang saya gunakan adalah lembut bagi menggalakkan darah yang tersekat kembali lancar ke seluruh tubuh badan. Tekanan yang lembut ini mengambil masa 2 jam untuk selesai urutan, berbanding urutan seluruh badan.

Kekerapan urutan rawat lumpuh adalah bergantung kepada semangat untuk sihat oleh pelanggan. Digalakkan urutan dilakukan sehingga pulih pergerakan seluruh anggota.

BEKAM ANGIN [BEKAM KERING]


Sistem yang saya gunakan adalah penyedutan vakum di badan menggunakan pam tangan dan cawan bekam. Bekam angin TIDAK mengeluarkan darah.

Hanya letakkan cawan bekam pada kawasan badan yang sakit, pamkan dengan pam tangan 3 kali sedut, biarkan selama 5-10 minit dan kemudiannya lepaskan tekanan vakum untuk membuka cawan bekam.

Sesuai dilakukan untuk meredakan keletihan dek tekanan kerja, dan mengurangkan keradangan otot di badan. Digalakkan bekam angin seminggu 1 kali. Kesan lebam akibat bekam akan hilang dalam 3-4 hari.

BEKAM DARAH [BEKAM BASAH]



Sistem yang saya gunakan adalah penyedutan vakum di badan menggunakan pam tangan dan cawan bekam. Bekam darah mengeluarkan darah yang telah digunakan yang terdapat di bawah KULIT dan BUKAN pembuluh darah utama. Tempoh jangka hayat darah cuma bertahan 3-4 bulan sahaja. Darah yang telah digunakan akan mendap dalam pembuluh darah dan berpontensi menyebabkan saluran darah utama tersumbat.

Hanya letakkan cawan bekam pada kawasan badan yang sakit, pamkan dengan pam tangan 3 kali sedut, biarkan 2-3 minit, lepaskan tekanan vakum untuk membuka cawan bekam, gunakan pen bekam atau pisau untuk membuat luka bagi mengeluarkan darah kemudian kembali letakkan cawan bekam yang sama lalu pamkan dengan pam tangan sebanyak 3 kali sedut.

Darah yang keluar bergantung kepada kondisi badan pelanggan dan suhu cuaca pada hari tersebut. Pelanggan dinasihati agar cukup rehat dan tidak terlalu letih mahupun terlalu lapar sebelum dibekam bagi mengelakkan muntah, pening, lapar, dan sukar tidur yang bakal berlaku selepas dibekam darah.

Digalakkan bekam darah dilakukan 1 kali setiap bulan bagi mengekalkan kesan kesihatan badan jasmani dan rohani yang optimum. Kesan lebam akibat sedutan cawan bekam akan hilang dalam 3-4 hari. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam kurang lebih untuk selesai.

BEKAM DI PERUT / LUTUT / KEPALA / MUKA

Teknik yang sama dari bekam darah dan bekam angin cuma tertumpu pada bahagian tertentu di anggota badan. Bilangan cawan yang berbeza bagi setiap anggota badan yang dibekam. Peruntukan masa berbeza mengikut kawasan.
  • Bagi kawasan muka, 5 cawan bekam.
  • Bagi kawasan perut, 5 cawan bekam.
  • Bagi kawasan lutut, 8 cawan bekam. 
  • Bagi kawasan kepala, 1 cawan bekam [biasanya dibuat bekam darah]

BEKAM DARAH SUNNAH 10 CAWAN


Sistem yang saya gunakan adalah sama seperti bekam darah cuma perbezaannya adalah pada bilangan cawan yang tetap iaitu 10 cawan. Kawasan bekam darah sunnah adalah 1 cawan di puncak kepala, 2 cawan di tepi leher, 1 cawan di bonggol leher, 2 cawan di bahu, 2 cawan di pinggang, dan 2 cawan di betis.

Dinamakan sunnah bersempena 10 kawasan tubuh badan yang kerap Rasulullahi shollallahu 'alayhi wa sallam dibekam darahnya.

Digalakkan bekam darah sunnah dilakukan 1 kali setiap bulan. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam kurang lebih untuk selesai. Kesan bekam akan hilang dalam 3-4 hari.

BEKAM DARAH RAWAT SIHIR / SANTAU 

Bekam darah rawat sihir?? Boleh ke?? Terbukti ke?? Macam pelik je...

Salah satu fungsi bekam darah yang tidak diwar-warkan secara umum adalah keupayaan penyembuhan dari penyakit misteri dan gangguan alam halus. Ia bukanlah serta-merta merawat rohani kerana bekam darah cuma menyingkirkan darah yang telah digunakan dari badan.

Konsep penyembuhan rohani menggunakan bekam adalah berdasarkan pepatah Arab "Aqal yang sihat berpunca dari jasad yang sihat". Teori ini terpakai pada kesihatan jasad secara umum di mana badan yang sihat merangsang hormon dikeluarkan tepat pada masanya bagi merawat aqal fikiran yang disebabkan gangguan dari unsur luar yang negatif justeru mengekalkan fungsi ketahanan badan melawan unsur luar yang negatif dari menguasai aqal fikiran dan jasad keseluruhannya.

Pendek kata, ia membuang "racun" yang mencemari darah supaya darah yang bersih dapat kembali memenuhi seluruh tubuh badan dengan lancar.

Bilangan cawan bekam untuk rawatan sihir / santau adalah berbeza dengan bekam darah sunnah iaitu menggunakan 19 cawan bekam. Teknik yang sama dari bekam darah sunnag digunakan untuk bekam rawat sihir / santau dengan tambahan 8 cawan bekam pada 2 sendi siku, hujung belikat belakang badan [tulang kipas], pinggul [urat besar], dan 2 sendi buku lali.

Penjagaan diri akan dimaklumkan setelah selesai 3 sesi rawatan bekam rawat sihir ini.

Lokasi Haikal Soufi Mobile Massage



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sekalian pelanggan yang dihormati,

Lokasi Haikal Soufi Mobile Massage bagi tahun 2020,

Alamat :-

23, Jalan SM 5A/8, Fasa 2G, Bandar Baru 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.


Masa operasi :-

9.00 pagi (appointment awal) - 11.00 pagi - 3.00 petang - 5.00 petang - 8.00 malam - 10.00 malam (appointment akhir)

Boleh pilih waktu temujanji antara 6 sesi berkenaan.

Hubungi 019-4243474 En.Haniff untuk temujanji urutbekam hari ini!



Senarai Rawatan Haikal Soufi Mobile Massage

****** 13 PAKEJ SIHAT & JIMAT ******

  1. URUTAN KAKI + BEKAM ANGIN 20 CAWAN = RM30
  2. URUTAN 2 TANGAN & KEPALA + BEKAM ANGIN 20 CAWAN = RM30
  3. URUTAN PINGGANG + BEKAM ANGIN 20 CAWAN = RM40
  4. URUTAN PINGGANG + URUTAN KAKI = RM40
  5. URUTAN 2 BELAH TANGAN & KEPALA + URUTAN SEPARUH BADAN = RM50
  6. URUTAN 2 TANGAN & KEPALA + BEKAM DARAH 10 CAWAN = RM60
  7. URUTAN KAKI + BEKAM DARAH 10 CAWAN = RM70
  8. URUTAN SELURUH BADAN + KIROPRAKTIK = RM70
  9. URUTAN SELURUH BADAN + BEKAM ANGIN 20 CAWAN = RM70
  10. URUTAN PINGGANG + BEKAM DARAH 10 CAWAN = RM70
  11. URUTAN SELURUH BADAN + BEKAM DARAH 10 CAWAN = RM100
  12. URUTAN KAKI + BEKAM SUNNAH 10 CAWAN = RM100
  13. URUTAN SELURUH BADAN + BEKAM DARAH SUNNAH 10 CAWAN = RM120
NOTA :

* URUT SEPARUH PINGGANG = DARI PINGGANG HINGGA KEPALA ATAU DARI PINGGANG HINGGA KAKI

* BEKAM ANGIN = BEKAM KERING YANG TIDAK KELUARKAN DARAH

* BEKAM DARAH = BEKAM YANG MENGELUARKAN DARAH MELALUI CARA KULIT DILUKAKAN DENGAN JARUM ATAU PISAU STERIL

* LOCK SENDI = SATU KAEDAH ALTERNATIF DENGAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI TERPILIH BAGI MENGUNCI SENDI-SENDI BADAN DARI DIMASUKI UNSUR NEGATIF DARI LUAR RUANG BADAN

Jumaat, 11 September 2020

Aturan Masa Aktif Dan Tidak Aktif Organ Utama Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelawat,

Seringkali manusia berhadapan dengan masalah waktu tidur, waktu makan, dan waktu beriadah yang tidak menentu dalam seharian.

Kesan dari ketidaktentuan pemilihan masa untuk aktiviti seharian selalunya mengheret kepada kecelaruan organ-organ dalam badan manusia untuk bekerja menghasilkan antibodi, mencernakan makanan, memproses kembali darah, mengekalkan fokus minda dan sebagainya 

Oleh itu, dengan kesempatan yang ada ini marilah sama-sama kita melihat pola waktu aktif setiap organ dalam badan manusia dan jenis aktiviti yang sesuai dilakukan dalam waktu tersebut.



PERUT : MASA AKTIF  [07.00 PAGI – 09.00 PAGI]
  • Organ perut sedang kuat bekerja pada jam–jam ini. Maka dari itu dianjurkan untuk sarapan pagi untuk proses pembentukan tenaga tubuh.
  • Minum jus yang agak masam dianjurkan sebelum sarapan pagi di saat perut masih kosong, sehingga zat yang berguna akan segera terserap oleh tubuh kita.
LIMPA : MASA AKTIF [09.00 PAGI – 11.00 PAGI]
  • Organ limpa sedang aktif bekerja pada jam ini dalam mengirim cairan nutrisi untuk tenaga pertumbuhan. Bila pada jam ini, anda merasa mengantuk. Hal tersebut dapat diertikan bahawa fungsi organ limpa anda lemah.
  • Kurangi pengambilan gula, lemak, minyak dan protein haiwan dalam masa ini.
JANTUNG : MASA AKTIF [11.00 PAGI – 1.00 PETANG]
  • Organ jantung pada jam ini sedang bekerja dengan aktif maka harus banyak beristirehat.
  • Hindari panas dan kegiatan fizikal, mental dan emosi agar tidak menambah beban kerja organ jantung terutama penderita gangguan pembuluh darah tersumbat.
HATI : MASA TIDAK AKTIF [1.00 PETANG – 3.00 PETANG]
  • Organ hati pada jam ini bekerja dengan lemah.
  • Bila tidur, darah merah berkumpul dalam organ hati dan terjadi proses penggandaan sel–sel hati. Apabila fungsi hati kuat maka tubuh kuat untuk menentang semua penyakit.
PARU–PARU : MASA TIDAK AKTIF [3.00 PETANG – 5.00 PETANG]
  • Organ paru–paru lemah pada jam ini.
  • Diperlukan istirahat, tidur untuk proses pembuangan racun dan proses pembentukan tenaga bagi organ paru–paru.
GINJAL : MASA AKTIF [5.00 PETANG – 7.00 MALAM]
  • Organ ginjal aktif bekerja dalam jam ini.
  • Sebaiknya digunakan untuk belajar kerana terjadi proses pembentukan sumsum tulang dan otak serta kecerdasan.
PERUT : MASA TIDAK AKTIF [7.00 MALAM – 9.00 MALAM]
  • Organ perut bekerja lemah pada jam ini.
  • Dianjurkan untuk tidak menjamah makanan yang sukar untuk dicerna atau lama dicerna atau lebih baik untuk berhenti makan pada jam ini.
LIMPA : MASA TIDAK AKTIF [9.00 MALAM – 11.00 MALAM]
  • Organ limpa bekerja lemah pada jam ini. Terjadi proses pembuangan racun dan proses penggandaan sel limpa.
  • Dianjurkan untuk beristirehat contohnya dengan mendengar muzik yang tenang untuk meningkatkan imuniti badan [ketahanan badan].
JANTUNG : MASA TIDAK AKTIF [11.00 MALAM – 1.00 PAGI]
  • Organ jantung lemah pada jam ini.
  • Dianjurkan untuk tidur. Apabila masih teruskan aktiviti seperti bekerja maka akan dapat melemahkan fungsi organ jantung.
HATI : MASA AKTIF [1.00 PAGI – 3.00 PAGI]
  • Organ hati bekerja kuat pada jam ini. Terjadinya proses pembuangan racun atau toksin hasil metabolisma tubuh badan.
  • Apabila ada gangguan fungsi hati, akan terlihat pada kotoran najis dan gangguan penglihatan mata. Apabila ada luka dalam akan terasa ngilu dan pedih.
PARU–PARU : MASA AKTIF [3.00 PAGI – 5.00 PAGI]
  • Organ paru–paru pada jam–jam ini bekerja dengan aktif. Terjadinya proses pembuangan toksin atau racun pada organ paru–paru. Apabila terjadi batuk–batuk, bersin–bersin dan berkeringat peluh, ia menandakan adanya gangguan fungsi paru–paru.
  • Dianjurkan untuk kerap melakukan latihan pernafasan untuk mendapatkan tenaga paru–paru yang sihat dan kuat serta kurangkan aktiviti yang dapat melemahkan fungsi paru–paru seperti merokok.
USUS BESAR : MASA AKTIF [5.00 PAGI – 7.00 PAGI]
  • Organ usus besar bekerja aktif pada jam ini.
  • Dianjurkan untuk membiasakan diri membuang air besar @ tunai hajat @ "ke bilik termenung" secara teratur pada jam–jam ini.
SELANG MASA AKTIF & TIDAK AKTIF ORGAN UTAMA MANUSIA 

ORGAN PERUT
  • AKTIF : 7.00 PAGI HINGGA 9.00 PAGI [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 7.00 MALAM HINGGA 9.00 MALAM [ 2 JAM ]

ORGAN LIMPA
  • AKTIF : 9 PAGI HINGGA 11.00 PAGI [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 9.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM [ 2 JAM ]

ORGAN JANTUNG
  • AKTIF : 11.00 PAGI HINGGA 1 PETANG [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 11.00 MALAM HINGGA 1 PAGI [ 2 JAM ]

ORGAN HATI
  • AKTIF : 1.00 PAGI HINGGA 3.00 PAGI [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 1.00 PETANG HINGGA 3.00 PETANG [ 2 JAM ]

ORGAN PARU-PARU
  • AKTIF : 3.00 PAGI HINGGA 5.00 PAGI [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 3.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG [ 2 JAM ]

ORGAN USUS BESAR
  • AKTIF : 5.00 PAGI HINGGA 7.00 PAGI [ 2 JAM ]
  • TIDAK AKTIF : 5.00 PETANG HINGGA 7.00 PETANG [ 2 JAM ]

Outcall Urutan dan Bekam ke Rumah-rumah & Hotel-hotel

KAMI MENYEDIAKAN KHIDMAT RAWAT URUT REFLEKSI, BEKAM & URUT TRADISIONAL MERIDIAN DI KAWASAN SERI MANJUNG, LUMUT, SITIAWAN, LEKIR DAN SEKITARNYA.

IN-CHARGE

EN. HANIFF

019-4243474

SMS @ TELEGRAM @ WHATSAPP @ CALL  1 HARI SEBELUM TEMUJANJI


MASA OPERASI

OUTCALL STAND-BY 24 JAM

* KECUALI ADA HAL PENTING *


KAWASAN LIPUTAN OUTCALL

BERIKUT ADALAH SENARAI KAWASAN LIPUTAN YANG KAMI SEDIA BERKHIDMAT :-

  1. TAMAN FASA 1A & FASA 1B
  2. TAMAN FASA 1D1, 1D2 & 1D3
  3. TAMAN FASA 1E [BERHAMPIRAN STADIUM PERBANDARAN SERI MANJUNG]
  4. TAMAN FASA 2A, 2B & 2C
  5. TAMAN FASA 2D, 2E, 2F & 2G
  6. TAMAN FASA 2H, 2I & 2J
  7. TAMAN FASA 3A, 3B [BELAKANG HOSPITAL SERI MANJUNG] & FASA 3C [SEBELAH KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG]
  8. TAMAN SAMUDERA 1, 2 & 3 [BELAKANG PASARAYA TF-MART, SERI MANJUNG]
  9. TAMAN SAMUDERA BARAT [TAMAN DESA BAYU]
  10. PERUMAHAN VENICE OF PERAK, LUMUT
  11. KAMPUNG DATO' SERI KAMARUDDIN [K.D.S.K] & K.D.S.K TAMBAHAN
  12. KAMPUNG PERMATANG, TELUK RUBIAH
  13. KAMPUNG PASIR PANJANG, PASIR PANJANG
  14. TAMAN MELATI, LUMUT
  15. KAMPUNG TERSUSUN PUNDUT, LUMUT
  16. APARTMEN BUKIT PERMATA, LUMUT
  17. APARTMEN DESA AIR, SUNGAI DINDING
  18. KAMPUNG PADANG TEMBAK, LUMUT
  19. TAMAN TELUK BATIK, LUMUT
  20. PENGKALAN TENTERA LAUT DI-RAJA MALAYSIA [T.L.D.M]
  21. KAMPUNG TELOK MUROH, LUMUT
  22. KAMPUNG SITIAWAN, SITIAWAN
  23. FELCRA LEKIR, SITIAWAN
  24. KAMPUNG SERDANG, SITIAWAN
  25. KAMPUNG SUNGAI WANGI, AYER TAWAR
  26. LEKIR BATU 7, 8, 9, 10, 11 & 12

  • HOTEL, MOTEL & MOTEL DI SEKITAR KAWASAN SERI MANJUNG, LUMUT & SITIAWAN :-

  1. HOTEL THE ORIENT STAR, LUMUT
  2. HOTEL SUN INN, SITIAWAN
  3. HOTEL SWISS GARDEN, TELUK SENANGIN, LUMUT
  4. HOTEL BEST WESTERN, MARINA ISLAND, TELUK MUROH
  5. HOTEL GM, LUMUT
  6. HOTEL LUMUT VILLA, LUMUT
  7. HOTEL BREZZA, LUMUT
  8. HOTEL BREZZA, SITIAWAN
  9. HOTEL GM HOLIDAY, LUMUT
  10. MARINA COVE RESORT, TELUK BATIK
  11. HOTEL RITZ GARDEN, LUMUT
  12. HOTEL MORNINGTON, BUKIT PERMATA, LUMUT
  13. HOTEL MORNINGTON, SITIAWAN
  14. HOTEL VIRGO, TELUK BATIK
  15. HOTEL STAR BAY, LUMUT
  16. CHALET ROCKBOUND, MARINA ISLAND, TELUK MUROH
  17. APARTMEN FARIDAH, TELUK BATIK
  18. APARTMEN DESAIR, LUMUT
  19. HOTEL CK, BUKIT PERMATA, LUMUT
  20. GALAXY INN, LUMUT
  21. NZED GUESTROOM, LUMUT
  22. LUMUT WATERFRONT SEAVIEW VILLA, LUMUT
  23. HOTEL DJ PALACE, LUMUT
  24. HOTEL G SIX, SITIAWAN
  25. HOTEL SK 1, TAMAN SEJATI 2, SITIAWAN
  26. HOTEL SK 2, BELAKANG GIANT MANJUNG
  27. YEOB BAY HOTEL & RESORT, TELUK SENANGIN
  28. HOTEL SFERA, LUMUT
  29. TELUK BATIK HOLIDAY APARTMEN, TELUK BATIK
  30. HOTEL RADIANT, SITIAWAN
  31. HOTEL HI STAR, TAMAN SEJAHTERA, SITIAWAN
  32. CT HOTEL, TAMAN INTAN, SITIAWAN
  33. BINTANG FAJAR HOTEL 92, TAMAN DESA BINTANG, SITIAWAN
  34. HAPPY 92 HOTEL, TAMAN MAJU, SITIAWAN
  35. HOCK HAI HOTEL, SERI MANJUNG
  36. DRAGON DOOR HOTEL, TAMAN SEJATI 2, SITIAWAN
  • BILIK SEWA, PEJABAT, APARTMEN, HOSTEL DAN SEJENIS DENGANNYA.

CAJ KHIDMAT OUTCALL DALAM DAERAH MANJUNG

BERDASARKAN BUDI BICARA YANG MUNASABAH

CAJ KHIDMAT OUTCALL LUAR DAERAH MANJUNG & MASIH DALAM NEGERI PERAK

TAMBAHAN RM1.00 BAGI SETIAP KILOMETER PERJALANAN OUTCALL

OUTCALL LUAR DAERAH MANJUNG 

(JIKA LEBIH DARI 20 ORANG YANG REQUEST URUT BADAN)

NEGERI UTARA 
(PULAU PINANG, KEDAH, & PERLIS)
MINGGU PERTAMA

NEGERI PANTAI BARAT 
(SELANGOR, KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA)
MINGGU KEDUA

NEGERI SELATAN 
(NEGERI SEMBILAN, MELAKA & JOHOR)
MINGGU KETIGA

NEGERI PANTAI TIMUR
(PAHANG, TERENGGANU & KELANTAN)
MINGGU KEEMPAT

PERHATIAN : SEMASA MUSIM WABAK COVID-19, OUTCALL KE NEGERI-NEGERI DIHENTIKAN SEKETIKA BAGI MEMBENDUNG DARI PENULARAN WABAK COVID-19 SELARAS USAHA KERAJAAN.